Sunday, November 9, 2008

Siarkan blog anda dalam senarai Penyokong Deklarasi Janda Baik (PDJB)

Assalamualaikum,
Tinggalkan alamat blog anda di sini dan tajuk blog anda akan disenaraikan di sini secara eksklusif.

Teruskan sokongan anda.

Terima kasih.

Monday, October 27, 2008

Bagi memudahkan perbincangan berkenaan perkara-perkara yag dinyatakan dalam Deklarasi Janda Baik ini maka Demang cerakinkan setiap satu daripadanya dalam 15 'posting' berasingan. Justeru para pengunjung bolehlah fokus pada mana-mana perkara dan berikan pendapat anda di situ.

Saya akan cuba bertindak selaku moderator dan meminimumkan sokongan terhadap mana-mana pihak.

Jadikan perbezaan fahaman sebagai satu kelebihan, yakni kita boleh melihat dari pelbagai sudut yang berbeza. Maklumlah, cuping telinga sendiri pun kita tak nampak...

Selamat berbincang.

1. Pertahankan Perlembagaan Malaysia

KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI

2. Jangan jual negara

KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. Hak istimewa orang melayu

KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. Amaran kepada pemimpin melayu

KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. Memilih pemimpin

KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

Blog Penyokong Deklarasi